Kelihatan beberapa kru kapal berada di atas tiang kapal yang patah selepas melanggar Jambatan Brooklyn.

NEW YORK – Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 19 yang lain cedera selepas sebuah kapal layar latihan Tentera Laut Mexico melanggar Jambatan Brooklyn di New York City.

Polis berkata, Cuauhtémoc yang membawa 277 orang penumpang itu kehilangan kuasa pada hari Sabtu ketika kapten sedang menggerakkan kapal itu, memaksanya menuju ke arah jambatan di sebelah Brooklyn.

Rakaman menunjukkan tiang kapal yang menjulang tinggi melanggar tapak jambatan semasa ia melalui di bawah struktur itu.

Ketika itu kelihatan beberapa kru kapal berdiri di atas struktur tiang yang patah.

Penduduk Brooklyn Nick Corso, yang menyaksikan kemalangan itu berkata, orang ramai menjerit ketika menyaksikan kejadiaan hingga keadaan panik.

Terdapat “banyak jeritan, beberapa kelasi tergantung di tiang kapal,” katanya.

Datuk Bandar New York City Eric Adams mengesahkan pada X dua orang maut dan dua daripada 19 yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Jambatan Brooklyn tidak mengalami sebarang kerosakan besar dan dibuka semula selepas pemeriksaan awal.

Polis percaya “isu mekanikal” dan bekalan elektrik terputus menyebabkan perlanggaran itu.

Pengawal Pantai New York berkata Cuauhtémoc kehilangan ketiga-tiga tiang.

Semua kakitangan di dalam kapal telah diambil kira dan tiada seorang pun yang jatuh ke dalam air.

Orang ramai melarikan diri dari pinggir air apabila kapal itu melanggar jambatan.

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata beliau amat sedih dengan kehilangan dua anak kapal dalam kemalangan itu.

Cuauhtémoc itu ditarik dari tempat kejadian selepas nahas.

Kapal itu, yang berukuran 297 kaki panjang (91m) dan 40 kaki (12m) lebar dan ketinggian tiang Cuauhtémoc ialah 48.2 meter (158 kaki).

Kapal tentera laut Mexico itu belayar buat kali pertama pada 1982.

Setiap tahun ia belayar pada akhir kelas di sekolah tentera laut untuk menamatkan latihan kadet.

Tahun ini ia meninggalkan pelabuhan Mexico Acapulco pada 6 April, kata tentera laut. Destinasi terakhirnya adalah ke Iceland. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here