Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bergambar pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman denda sebanyak USD24,000 (RM103,008) ke atas uara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hukuman yang dikenakan itu termasuk tindakan penyokong skuad Harimau Selatan ketika menentang Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Mac lalu.

Bagi insiden itu, JDT diarahkan membayar denda sebanyak RM42,920 kerana melanggar Artikel 65.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Selain itu, JDT turut didenda RM55,796 kerana melanggar Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC serta diarahkan membayar denda sebanyak RM4,292 kerana melanggar Artikel 50.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here