Pearly Tan-M Thinaah. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah akhirnya menamatkan penantian apabila merangkul gelaran sulung musim ini selepas menjuarai Terbuka Thailand 2025 hari ini.

Ia selepas pasangan nombor empat dunia itu beraksi cemerlang dalam aksi final di Stadium Nimibutr, Bangkok apabila menundukkan wakil Korea Selatan, Jeung Na Eun-Lee Yeon Woo.

Berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok, beregu itu mencatatkan keputusan straight set 21-16, 21-17 dalam tempoh 58 minit.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191).

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian sejak September tahun lalu apabila mereka kali terakhir merangkul kejuaraan di Terbuka Hong Kong 2024.

Sepanjang tempoh itu, gandingan negara hanya berjaya muncul naib juara di Terbuka Artik 2024 dan Masters Indonesia 2025.

Mereka dijadual memulakan kempen di Axiata Arena menentang pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying dalam pusingan pertama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here