Rusdi Mohd Isa.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui media sosial susulan insiden membabitkan seorang peniaga belon Mac lepas, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Kes ini melibatkan ugutan yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook terhadap pihak penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat “PPR Bestari” di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini pada 28 Mac lepas apabila serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen bertukar menjadi pergaduhan.

Berikutan itu, polis menerima tiga laporan termasuk daripada seorang pegawai DBKL berhubung penyebaran gambarnya menerusi Facebook yang disertai dengan kenyataan berunsur ancaman. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here