Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan lif di lima stesen monorel sekitar bandar raya kini beroperasi sepenuhnya secara berperingkat selepas menjalani proses naik taraf, pemeriksaan dan pematuhan peraturan keselamatan.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, ia membabitkan satu di Stesen Hang Tuah dan Raja Chulan serta dua di Stesen Imbi, Maharajalela dan Medan Tuanku.

Menaik taraf kemudahan tersebut dibiayai menerusi sebahagian daripada peruntukan RM12.6 juta yang membabitkan pelbagai inisiatif penambahbaikan di semua 11 stesen monorel.

Langkah berkenaan untuk meningkatkan keselesaan dan aksesibiliti pengguna, khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta keluarga membawa anak kecil atau menggunakan kereta sorong bayi.

“Baki lapan lif termasuk satu eskalator di enam stesen berikutnya kini sedang menjalani fasa akhir ujian pentauliahan serta pengeluaran permit mesin angkat yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir bulan ini,” katanya menerusi kenyataan.

Perkhidmatan monorel mencatatkan purata 57,000 penumpang harian pada tahun lalu, meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini menandakan pemulihan yang berterusan serta pertumbuhan positif dalam penggunaan pengangkutan awam di kota. la turut menunjukkan keyakinan pengguna semakin meningkat dan monorel kembali menjadi pilihan utama warga kota untuk perjalanan harian mereka.

“Dengan jumlah penumpang yang terus meningkat, kemudahan lif yang mesra pengguna amat penting bagi memastikan pergerakan penumpang di stesen berjalan lancar serta memberi pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan selamat untuk semua,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here