pemain antarabangsa Venezuela iaitu Juan Pablo Anor yang lebih dikenali Juanpi.

KUALA LUMPUR – Selangor FC kini dikaitkan dengan spekulasi perpindahan berprofil tinggi apabila The Red Giant akan mendapatkan pemain antarabangsa Venezuela iaitu Juan Pablo Anor yang lebih dikenali Juanpi.

Perpindahan pemain berusia 31 tahun itu dianggap sebagai langkah menggantikan Yohandry Orozco jika dilihat dari posisinya yang turut bermain sebagai pemain tengah menyerang atau attacking midfielder.

Juanpi yang berasal dari Venezuela memulakan karier bola sepak senior di saingan La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga.

Menyertai skuad bawah 19 tahun kelab itu pada 2013, Juanpi kemudiannya dinaikkan ke skuad senior Malaga pada tahun berikutnya sebelum berpindah ke SD Huesca empat tahun kemudian.

Malaga ketika itu mencuri tumpuan Eropah dengan skuad berkualiti ditunjangi pemain-pemain seperti Guillermo Ochoa, Ignacio Camacho dan Samu Castellejo.

Dia juga mempunyai pengalaman beraksi di Asia dalam kariernya sebelum ini bersama-sama Al-Ain di Arab Saudi sebaik saja kontraknya dengan Malaga tamat pada 2020.

Sehingga kini, nama Juanpi masih lagi menjadi sandaran dalam skuad kebangsaan Venezuela apabila menjadi pilihan pengurus, Fernando Batista.

Juanpi melakukan penampilan pertama untuk negaranya pada 2014 ketika Noel Sanvicente menjadi pengurus. Ketika itu, Juanpi bermain selama 32 minit dalam kekalahan 0-5 negaranya kepada Chile dalam aksi persahabatan.

Selepas itu, Juanpi terus berkhidmat untuk negaranya dengan dia sudah melakukan 27 penampilan merentasi aksi persahabatan antarabangsa, kelayakan Piala Dunia dan Copa America.

Kali terakhir Juanpi dipanggil adalah pada Mac lalu semasa Venezuela berdepan Peru dalam kelayakan Piala Dunia 2026. Ketika itu, Juanpi hanya memanaskan bangku simpanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here