Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyampaikan manfaat perlindungan berjumlah RM193,000 menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada anak-anak anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, yang terkorban dalam nahas di Teluk Intan pada Selasa.
Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, jumlah itu adalah hasil simpanan Allahyarham Mohd Roslan menerusi dua produk iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. – MGPerak