Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM suspek yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

“Pegawai terbabit disyaki menerima wang tunai dan pelbagai barangan berharga daripada seorang kontraktor,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here