Logo Polis Diraja Malaysia

KOTA BHARU – Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis miliknya untuk memberikan perkhidmatan urutan mengikut satu temu janji.

Beliau berkata ketika itulah suspek secara tiba-tiba menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

“Pemeriksaan forensik di lokasi kejadian menemui empat kesan cap jari serta bekas yang dipercayai digunakan oleh suspek.

“Mangsa kini menerima rawatan susulan kecederaan yang dialami dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail berkata siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Balai Polis Tawang atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here