Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa perkhidmatan dalam talian sistem Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terjejas akibat gangguan teknikal.

Antara sistem yang terkesan termasuklah sistem e-Lesen, e-Perumahan, Adu@KL dan Tempah@KL.

Bagaimanapun DBKL berkata, data sandaran (backup) tidak terkesan dan proses pemulihan data sedang dilaksanakan secara teliti bagi memastikan integriti maklumat kekal terpelihara.

Menurutnya, pihaknya melaksanakan tindakan mitigasi secara berperingkat dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Jelas DBKL, perkhidmatan dalam talian berkenaan dijangka dapat diakses semula sepenuhnya mulai Selasa ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa sistem-sistem yang terjejas telah mula pulih secara berperingkat sejak 1 Mei 2025…Sementara itu, sistem-sistem lain akan dipulihkan secara berperingkat dengan jangkaan pemulihan sepenuhnya pada 23 Mei 2025,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, tambah DBKL, pihaknya juga menyediakan beberapa langkah alternatif termasuk bantuan melalui saluran media sosial rasmi serta penyampaian maklumat dan panduan berkala mengenai perkembangan semasa demi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada orang awam tidak terganggu.

“DBKL amat menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh ini serta kekal komited untuk memperkukuhkan keselamatan sistem ICT demi menjamin kelangsungan perkhidmatan awam yang cekap dan selamat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here