KUALA LUMPUR – Dalam dunia yang semakin berkembang pesat, ibu bapa yang sibuk kini mencari lebih daripada sekadar pusat penjagaan harian untuk anak-anak mereka.
Mereka mahukan sebuah institusi yang bukan sahaja memberikan pendidikan tetapi juga mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni yang akan membentuk sahsiah, akidah dan intelek sejak usia muda.
Justeru, Love & Laugh International Islamic Infantcare & Preschool hadir (Love & Laugh) dengan visi yang lebih jauh daripada sekadar penjagaan harian sebagai tempat di mana masa depan anak-anak dibina dengan asas yang kukuh dari segi akademik dan kerohanian.
“Love & Laugh memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya melibatkan akademik, tetapi juga perkembangan emosi, fizikal dan rohani. Oleh itu, kurikulum yang ditawarkan di Love & Laugh bukan sahaja bersifat akademik tetapi juga menekankan pengajaran nilai-nilai Islam.
“Dengan menggabungkan kurikulum berasaskan tematik, QSTEAM (Quran-based Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics) serta amalan rohani harian seperti solat, zikir dan pendidikan akhlak, Love & Laugh memberikan pendidikan yang menyeluruh.
“Setiap program direka untuk mengasah intelek, memperkukuh iman serta membentuk keperibadian anak-anak sejak awal usia,” kata pusat prasekolah itu dalam satu kenyataan hari ini.
Love & Laugh kini menawarkan pelbagai program pendidikan yang disusun rapi mengikut tahap perkembangan kanak-kanak seawal usia dua bulan hingga umur enam tahun.

bersifat akademik tetapi juga menekankan pengajaran nilai-nilai Islam.
Pra sekolah itu menawarkan fasiliti bertaraf premium yang direka khusus untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak menerusia ruang pembelajaran luas dan terang, direka khas untuk menyokong pembelajaran aktif.
“Love & Laugh turut dipantau CCTV 24 jam yang boleh diakses secara langsung oleh ibu bapa selain pemantauan oleh petugas keselamatan.
“Turut disedikan, ruang penyusuan dan kemudahan untuk ibu menghantar EBM (expressed breast milk) setiap hari,” katanya.
Love & Laugh turut memberi jaminan komitmen untuk menyediakan pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak dengan kurikulum yang dirancang rapi, tenaga pengajar yang bersemangat dan fasiliti yang canggih.
“Satu transformasi besar yang memberi pebaharuan Love & Laugh adalah perubahan pengurusan yang kini diterajui oleh kepakaran antarabangsa dari Singapura.
“Dengan pengalaman luas dalam pendidikan awal kanak-kanak, pasukan baharu ini memberi nafas segar ke dalam institusi ini dengan memastikan bahawa setiap aspek pendidikan memenuhi piawaian global sambil kekal berpegang kepada prinsip Islam yang kukuh.
“Ibu bapa kini dapat menikmati fasiliti bertaraf dunia yang selamat dan mesra kanak-kanak, serta tenaga pengajar yang berkelayakan untuk membimbing anak-anak mereka ke arah kejayaan,” katanya. – MalaysiaGazette