Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bercakap pada sidang media selepas selesai Majlis Amanat kepada petugas bantuan sumber manusia sempena 46th Asean Summit dan 25th Asean Aecc Meeting di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Seramai 789 petugas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan ditugaskan bagi memantau kelancaran aliran tarfik sepanjang persidangan Kemuncak Mesyuarat Kepengerusian ASEAN Ke-46 (ASEAN Summit 2025) bermula 23 hingga 28 Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kekuatan petugas itu turut membabitkan bantuan sumber manusia JSPT daripada kontinjen seluruh negara.

“Kekuatan seramai 789 petugas trafik terdiri daripada (55) Pegawai Kanan Polis dan (734) Pegawai Rendah Polis bersiap sedia sepanjang persidangan berlangsung.

“Ia turut merangkumi bantuan sumber manusia JSPT daripada seluruh kontinjen seramai 497 orang termasuk Kuala Lumpur iaitu 292 orang,” katanya pada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat kepada petugas sumber manusia sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini.

Sebahagian anggota pada Majlis Amanat kepada petugas bantuan sumber manusia sempena 46th Asean Summit dan 25th Asean Aecc Meeting di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 MEI 2025

Tambah beliau, sebanyak 539 aset digunakan bagi mengiringi rombongan, mengawal aliran trafik dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.

“Pengujian aset-aset JSPT membabitkan 36 buah kenderaan unit kereta peronda (MPV), motosikal besar (313), motosikal kecil (190) dan alat perhubungan radio termasuk elemen kembalik.

“Semua petugas akan terlibat dengan raptai (dry-run) bermula pada 21 hingga 22 Mei ini melibatkan elemen motoked, kawalan lauan, kawalan lokasi dan petugas pools,” jelasnya.

Mohd Yusri berkata, operasi penguatkuasaan itu juga akan dilakukan di sekitar ibu kota bagi memastikan tiada halangan pada laluan yang ditetapkan.

Jelasnya, sebarang halangan lalulintas atau kenderaan yang parkir akan dikenakan tindakan ditunda oleh petugas trafik selain melaksanakan OP Samseng jalanan dan motosikal secara berterusan.

“Kenderaan perdagangan atau kenderaan berat adalah dilarang memasuki pusat bandar ketika waktu puncak iaitu pada 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang berkuat kuasa hari ini.

“Kita akan melaksanakan tindakan ini di bawah Seksyen 21 Akta Polis atau tugas polis di jalan awam melibatkan elemen keselamatan laluan antaranya motoked, titik tugasan, siasatan dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya,” ujanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dengan menggunakan jalan alternatif selain tidak melalui laluan yang terlibat bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

“Kita menyarankan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas trafik, merujuk laluan yang terlibat dalam persidangan dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here