Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hadir pada “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2025.

KUALA  LUMPUR – PKR sudah lama mengamalkan budaya berdebat sehingga ia menjadi kekuatan parti itu sehingga kini kata Datuk Seri Rafizi Ramli.

Malah Timbalan Presiden PKR itu berkata, secara tradisi sememangnya calon Timbalan Presiden dan calon Ketua AMK akan berdebat menjelang pemilihan parti.

Justeru, katanya, keputusan mana-mana calon yang tidak mahu berdebat adalah keputusan kempen masing-masing namun ia akan diambilkira oleh perwakilan ketika mengundi nanti.

“Itu keputusan kempen masing-masing cuma budaya dalam PKR adalah sebelum ini tradisinya memang calon Timbalan Presiden dan calon Ketua AMK pun berdebat. Itu memang kekuatan PKR yang ada sekarang.

“Keputusan calon masing-masing itu, terpulang kepada calon masing-masing dan itu akan diambil kira oleh perwakilan dalam pengundian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di sini hari ini.

Semalam, calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kekal dengan pendirian untuk tidak akan berdebat dengan Rafizi menjelang pemilihan parti itu minggu depan.

Sebaliknya, Ketua Cabang PKR Permatang Pauh itu  mahu menyantuni seramai mungkin perwakilan dan menggarap semangat tersebut daripada mereka.

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mahu Nurul Izzah mempertimbangkan semula pelawaan Rafizi untuk berdebat walaupun Puteri Reformasi itu pernah menolak pelawaan yang sama.

Kata Akmal Nasrullah, debat adalah budaya parti itu bagi mencambahkan lagi pemahaman setiap pihak terhadap sesuatu perkara.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, keperluan untuk berdebat sudah dilontarkan kepada Nurul Izzah sebelum ini.

“Saya sudah lontarkan dan dalam mana-mana kempen setiap parti atau calon ada penawaran kepada pengundi dan tawaran daripada saya kita mesti mempertahankan budaya yang mana masing-masing calon atau parti membentangkan idea dan visi serta terbuka untuk dinilai perwakilan.

“Itu tawaran saya perkara itu tidak persetujui Nurul izzah jadi akhirnya terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan,” katanya.  –  MalaysiaGazette

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir pada “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here