Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak akan meneruskan amalan cash is king dan rasuah sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Buku dan Dialog Khas Bersama Tun Dr Mahathir mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21 di sini hari ini.

Dr Mahathir mengakui ia sesuatu yang amat ‘membimbangkan’ buat Malaysia jika Najib dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik.

“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa cash is king kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Amalan memberi duit kepada orang akan terus berlaku,” katanya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri dua kali itu ditanya apakah pandangannya sekiranya Najib kembali menerajui kerajaan buat kali kedua.

Dalam pada itu, beliau turut berpendirian Najib perlu membuat permohonan secara terbuka ekoran kesalahannya.

“Jika beliau benar-benar ingin kembali memimpin, seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dan  bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” tambahnya.

Tambahnya,  rakyat perlu  sedar bahawa kepimpinan cash is king tidak boleh terus diterima lagi di negara ini.

“Ia sebaliknya berubah menjadi satu permainan kuasa yang dipenuhi rasuah dan kepentingan peribadi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here