KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua suspek yang ditembak mati di Bandar Baru Nilai kelmarin disahkan terbabit dengan kumpulan kongsi gelap yang aktif dengan lebih 70 kes samun di empat negeri sejak tahun lalu.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil siasatan mendapati suspek terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang menyasarkan rumah kediaman, premis pengumpulan barang syarikat penghantaran serta kedai serbaneka.
“Suspek dipercayai mensasarkan premis tertentu untuk disamun dan aktiviti jenayah mereka dilaporkan aktif sejak tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Fadil, kumpulan itu aktif beroperasi di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM1 juta.
Tambah beliau, Polis kini giat memburu saki-baki ahli kumpulan kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan dua suspek yang maut itu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: