Irsyad kini muncul penyampai radio baharu Suria FM menerusi segmen malam terbaharu, Kafe Suria.

KUALA LUMPUR – Suria FM mengumumkan penyertaan Muhammad Irsyad Tarudin atau lebih dikenali sebagai Irsyad sebagai penyampai menerusi segmen malam terbaharu, Kafe Suria.

Irsyad memulakan tugas secara rasmi pada malam ini dan akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 malam hingga 12.00 tengah malam manakala segmen popular Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin mula bersiaran pada hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula 8 malam hingga 1 pagi.

“Dari isu viral, budaya popular, hingga topik harian dan kerjaya, Kafe Suria menyajikan kandungan yang berakar pada realiti generasi kini.

“Ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang ingin berehat selepas seharian bekerja, belajar mahupun bagi yang inginkan peneman untuk untuk berkongsi curahan hati serta memahami apa yang mereka ingini,” kata stesen radio dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Irsyad mendapat pendidikan awal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Asasi Sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Agroteknologi) dalam bidang Akuakultur dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana Sains (Master) Akuakultur di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sepanjang pengajian, Irsyad aktif dalam pembentangan akademik serta sering dijemput sebagai pengacara dan hos pelbagai acara dan kini kecintaannya terhadap dunia penyiaran radio jadi realiti.

Irsyad akan memulakan tugas secara rasmi pada malam ini.

Ditanya tentang perasaannya menggantikan tugas DJ Lin dalam mengendalikan segmen malam menggantikan Suria Cinta yang cukup popular dalam kalangan pendengar dan telah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan, Irsyad menganggap perubahan itu bukan satu tekanan atau bebanan.

Sebaliknya adalah peluang terbaik untuk dirinya terus mengenengahkan bakat yang ada pada dirinya serta memberikan sentuhan dan kelainan tersendiri.

Bagi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid  berharap kehadiran Irsyad sebagai penyampai baharu, pihaknya yakin beliau mampu membawa pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan jiwa pendengar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here