Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri hadir bagi Majlis Amanat kepada petugas bantuan sumber manusia sempena 46th Asean Summit dan 25th Asean Aecc Meeting di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung nahas tragis meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ini kerana pemandu, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, telahpun dituduh dan mahkamah memutuskan untuk sebutan semula kes.

“Pihak JSPT telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu dan kertas siastaan sudah dibawa ke mahkamah malah pemandu juga telah dituduh.

“Kita serahkan kepada mahkamah dan sekarang ini, mahkamah sudah beri jaminan kepada tertuduh, perbicaraan akan berlangsung secara berkala,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat kepada petugas sumber manusia sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yusri turut mengucapkan tahniah kepada pasukan siasatannya yang berjaya melengkapkan kertas siasatan dengan cepat dan lengkap.

“Saya juga ingin memuji kecekapan badan agensi kerajaan yang turut terlibat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),” ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung kemalangan membabitkan kenderaan berat baru-baru ini, Mohd Yusri berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan JPJ menerusi operasi bersepadu.

“Kita telah laksanakan secara berkala menerusi Ops Perdagangan dengan kolaborasi JPJ dalam memastikan pemandu perdagangan ini dapat mematuhi undang-undang jalan raya.

“Selain memastikan kenderaan yang mereka pandu ini seperti lori, bas dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik, sempurna termasuk mekanikalnya bagus untuk berada di atas jalan raya dengan selamat,” jelasnya.

Majikan kepada pemandu lori muatan yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota FRU pada Selalu lalu dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, majikan pemandu itu telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, pagi tadi.

Pada Jumaat, Rudi Zulkarnain Md Radi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan terhadap sembilan pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh yang masih bujang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nurhamizah Shaffiuddin.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemandu lori dengan nombor pendaftaran AKL 4674 didakwa telah memandu dengan cara merbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here