Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Ismail terus membuat sindiran terhadap arena bola sepak tempatan selepas majoriti penyokong mendesak supaya Liga Super dibubarkan disebabkan isu luar padang yang tidak berpenghujung.

Menerusi laman X pada Isnin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendesak supaya keputusan tersebut diambil supaya mereka di luar sana memahami pemikiran berhubung bola sepak dalam negara.

“Masih ada masa lagi untuk bubar liga. Boikot beramai ramai, tunjuk kepada dunia mentaliti bola sepak Malaysia,” tulisnya.

Pemangku Sultan Johor itu juga menyertakan infografik mengenai senarai juara Liga Super sejak edisi pengenalannya pada 2004.

Ketika ini, masalah kewangan dilihat semakin teruk menyerang pasukan Liga M musim ini dengan pasukan besar seperti Perak dan Sri Pahang sebelum ini dilaporkan mahu menarik diri.

Ini termasuk Kedah Darul Aman (KDA) FC yang bergelut dengan masalah pengurusan sepanjang tahun lalu berikutan kesukaran mendapatkan penaja.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Liga Malaysia (Liga M) berada dalam keadaan kritikal selepas banyak pasukan dihimpit masalah kewangan.

Malah Khairy yang juga mantan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan, saingan Liga M boleh ‘mati’ sekiranya perkara itu dibiarkan tanpa mencari jalan penyelesaian terbaik.

Justeru, beliau berkata, FAM bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu memikirkan sesuatu untuk dilakukan bagi memulihkan semula keadaan dalam kancah bola sepak tempatan.

Khairy juga bersetuju dengan pandangan  Tunku Mahkota Ismail yang mengatakan bahawa mengurus pasukan perlu mengikut ikut kemampuan kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here