Pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Jalan Johor Bahru-Pontian, Iskandar Puteri, semalam

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 24.1, Jalan Johor Bahru-Pontian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, kemalangan membabitkan mangsa yang berusia 25 tahun menunggang motosikal Honda RS dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu wanita berusia 66 tahun itu sedang keluar dari susur hendak ke jalan utama.

“Kemudian motosikal mangsa datang dari arah belakang dan melanggar sisi kiri bahagian belakang kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke jalan raya manakala motosikalnya tercampak ke dalam sungai berhampiran.

Menurut beliau, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini, boleh salurkan maklumat kepada Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri di talian 07- 5101322,” jelasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here