Gambar hiasan. Foto MALAYSIAGAZETTE.

BATU PAHAT – Seorang pengurus sebuah restoran makanan segera mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul remaja perempuan ketika sesi temu duga pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd Sallehudin Roslie, 32, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan mangsa berusia 19 tahun di sebuah restoran makanan segera di daerah ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 8.30 hingga 9.30 malam, pada 16 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa datang ke premis itu untuk mencari pekerjaan sebelum dipelawa masuk tertuduh untuk menjalani sesi temu duga.

Sebaik selesai temu duga, tertuduh mengambil kesempatan menyentuh tangan serta memeluk mangsa.

Pada masa sama, tertuduh mengingatkan mangsa tidak menceritakan kepada sesiapa.

Bagaimanapun perbuatan tertuduh turut dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharif dan Firdaus Rusla manakala tertuduh diwakili peguam Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here