Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hadir pada “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata Kementerian Ekonomi telah mengadakan perbincangan dengan Kabinet selama empat kali berhubung perkara itu dan ketika ini sedang menunggu maklumat terkini seterusnya daripada MoF.

“MoF akan menguruskan keseluruhan proses subsidi RON95 selepas ini, dan saya rasa kita perlu menunggu pengumuman rasmi mereka. Seeloknya dapatkan butiran lanjut daripada MoF,” katanya.

Rafizi berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Rakan Dialog Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di sini, hari ini.

Pada Mac lepas, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata mekanisme bagi subsidi bersasar RON95 masih diperhalusi.

Beliau berkataan kerajaan tidak mahu membuat sebarang pengumuman awal mengenai pelaksanaannya pada masa itu dan pengumuman dijangka dibuat selepas separuh pertama tahun ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here