Anggota Polis bersiap sedia untuk melakukan tugas sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di IPD Petaling Jaya, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 25 MAC 2022. (GAMBAR HIASAN)

KUALA LUMPUR – Kes seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera di Ara Damansara pada 7 April lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya mendapat arahan demikian daripada timbalan pendakwa raya.

“Sebelum ini, kertas siasatan melibatkan kes itu telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, pihak kami telah mendapat arahan NFA berhubung kes terbabit,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh kekasih pelakon terbabit pada 7 April lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dipukul di bahagian muka serta badan oleh teman lelakinya menggunakan tangan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hussein juga memaklumkan, mangsa pernah membuat laporan polis pada tahun lalu atas kejadian serupa oleh suspek sama tapi aduan tersebut ditarik balik oleh wanita itu sendiri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here