KUALA LUMPUR – Laluan utama ke Pos Simpor dan Pos Gob, Gua Musang di Kelantan yang rosak akibat tanah runtuh kini sedang dalam proses pembaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laluan utama telah dibersihkan dan kini boleh dilalui semula oleh semua kenderaan.

Beliau sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta memastikan laluan yang terjejas dapat dipulihkan secepat mungkin.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kementerian sentiasa komited untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan aksesibiliti masyarakat Orang Asli sentiasa terpelihara, khususnya dalam situasi bencana alam yang tidak dijangka.

“Saya juga telah meminta laporan berkala dikemukakan kepada Kementerian bagi pemantauan berterusan dan perancangan penyelesaian jangka panjang.

“Kita tidak akan berkompromi dalam memastikan tiada komuniti desa yang terpinggir daripada perhatian dan perlindungan Kerajaan,” tegasnya dalam kenyataan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan itu telah menjejaskan akses ke 26 buah kampung Orang Asli taf melibatkan lebih 2,000 penduduk.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang mengakibatkan hakisan di lereng-lereng bukit serta jalan utama ke kawasan berkenaan.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh JAKOA Negeri Kelantan, sebanyak 12 lokasi telah dikenal pasti mengalami hakisan dan kerosakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here