Foto: Laman web UMS

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil pelbagai langkah mitigasi secara proaktif bagi menangani masalah gangguan bekalan air di insitusi pengajian tinggi (IPT) terbabit.

UMS dalam satu kenyataan malam tadi berkata, ia termasuk penyediaan tangki air statik, penghantaran bekalan air melalui lori tangki, pemasangan sistem tube well serta kerjasama berterusan dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, sebagai sebuah universiti awam yang menjunjung prinsip integriti dan tadbir urus yang baik, UMS sentiasa memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan.

“Dimsamping itu, UMS menghormati kebebasan bersuara mahasiswa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggalakkan penyampaian pandangan secara beretika, bertanggungjawab serta melalui saluran rasmi seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

“UMS kekal komited untuk terus berperanan sebagai institusi pendidikan tinggi yang profesional, progresif dan berwibawa demi kesejahteraan seluruh warga kampus dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, pergerakan pelajar Sabah mengumumkan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah beberapa isu melibatkan UMS termasuk krisis air yang berterusan, pelantikan kerajaan yang kontroversi dan beberapa isu lain.

Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 (Perhimpunan Aman Menentang Rasuah Sabah 2.0) itu dijadual diadakan pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, kumpulan Suara Mahasiswa UMS yang diketuai Fadhil Kasim berkata, mereka tidak akan berdiam diri lagi ketika rakyat Sabah didakwa terus menderita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here