Tan Sri P. Ramlee.

KUALA LUMPUR – Empat artis Malaysia yang paling berpengaruh dan ikonik diberi penghormatan untuk berada di Hall of Fame Malaysia sempena Ekspo 2025 Osaka, Jepun yang berlangsung ketika ini.

Ia melibatkan wajah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tan Sri P Ramlee, Ernie Zakri serta kumpulan pop wanita terkenal, Dolla yang dipaparkan di dalam Pavilion Malaysia di ekspo itu.

Hall of Fame Malaysia merupakan tarikan budaya utama pavilion ini yang meraikan kecemerlangan negara melalui penceritaan dan pengalaman audio visual.

Setiap artis yang dipilih mewakili era yang berbeza dalam evolusi muzik Malaysia, daripada zaman kegemilangan Tan Sri P. Ramlee sehinggalah kepada pengaruh global masa kini oleh Dolla memaparkan bagaimana muzik Malaysia telah merentas sempadan dan memberi inspirasi kepada pelbagai generasi.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Dilantik ke dalam Hall of Fame Malaysia di Osaka adalah satu penghormatan yang amat besar buat kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) kerana bukan sahaja mengiktiraf kami di tanah air, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Ernie turut meluahkan rasa syukur dan berbesar hati kerana perjalanan kerjayanya sepanjang beberapa tahun ini telah diiktiraf dan dihargai oleh semua, terutamanya para pendengar di Malaysia.

“Disebabkan kejayaan ini, nama saya kini telah ditempatkan di Hall of Fame Osaka. Sudah tentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Universal Music Malaysia dan juga para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong serta sentiasa menantikan apa sahaja projek baharu daripada saya. Saya gembira dan bersyukur pada masa yang sama,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here