MOSCOW – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengurangan bajet sebanyak 21 peratus bagi tahun 2026 dan 2027 susulan penarikan diri Amerika Syarikat daripada pertubuhan itu, kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

“Minggu ini, anda akan mempertimbangkan bajet program yang dikurangkan kepada AS$4.2 bilion untuk dua tahun 2026-2027. Ini mewakili pengurangan sebanyak 21 peratus daripada bajet asal yang dicadangkan sebanyak US$5.3 bilion,” kata Tedros dalam satu laporan kepada Perhimpunan Kesihatan Sedunia, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sementara itu, WHO terpaksa mengurangkan bilangan kakitangan kerana kekurangan dana, dan jumlah jabatan akan dikurangkan daripada 76 kepada 34, kata Tedros pada Isnin.

“Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang menjalankan penjajaran struktur besar-besaran, dipandu oleh analisis mendalam mengenai keutamaan.

“Proses penetapan keutamaan ini telah membantu pembangunan struktur baharu yang lebih efisien untuk ibu pejabat, yang mengurangkan pasukan pengurusan eksekutif daripada 14 kepada tujuh, serta jumlah jabatan daripada 76 kepada 34,” kata Tedros dalam laporan itu.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here