Zahnita Dorothy Hussien Wilson bersama abang sulungnya, Mohd Julian Hussein Wilson ditemui media di perkarangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang hari ini

KUANTAN – ”Saya nekad nak bercerai, no turning back”, kata Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 40, di perkarangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, di sini, hari ini.

Tiada jalan persefahaman untuk meneruskan hidup bersama membuatkan Zahnita mahu meneruskan proses perceraian meskipun mahkamah belum memutuskan keputusan bagi kes tuntutan cerai yang difailkannya pada Disember tahun lalu.

Beliau berkata, tiada usaha yang dibuat buat suaminya untuk menyelamatkan rumahtangga mereka dan hanya berhasrat meneruskan kehidupan berasingan.

”Orang dah tak nak dengan kita pun, tak ada pujuk kita.

“Hanya mahu menruskan kehidupan saya, sudah tak boleh hidup bersama,” katanya.

Bagaimanapun ibu kepada orang anak ini tidak menolak kemungkinan dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina 19 tahun lalu selagi belum terjatuh talak.

“Mungkin, masih ada peluang,” katanya sambil menggangguk.

Bekas peragawati itu berkata demikian selepas laporan hakam keluarga dibentangkan dalam proses menyelesaikan kemelut rumahtangga bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, hari ini.

Ketika prosiding hakam keluarga mewakili pemohon dibacakan sendiri oleh abang kandungnya, Mohd Julian Hussein Wilson manakala wakil hakam di pihak responden tidak hadir.

Pihak repsponden diwakili peguam, Aminuddin Abdullah manakala peguambela Zahnita, Nur Ashikin Abdul Rahim berkata, antara keputusan mahkamah pada hari ini memutuskan permohonan interim injunksi oleh pemohon.

”Permohonan untuk menghalang pihak-pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan media berkenaan anak-anak. Dan anak- anak juga dihalang daripada membuat sebarang kenyataan

”Kita nak jaga kes sedang berjalan dan privacy anak-anak. Berkaitan barang pribadi Zahnita akan diserahkan oleh pegawai suami beliau.

”Hakam daripada kedua-dua pihak gagal mendamaikan kedua-dua pihak menunjukkan telah tamat fungsi hakam keluarga,” katanya.

Susulan itu mahkamah akan memutuskan untuk melantik hakam panel mahkamah dan kes disebut semula pada 20 Jun ini.

”Persengketaan dan pengkelahian masih berterusan. Bagaimanapun pihak hakam masih gagal mendapatkan kuasa dari suami untuk melafazkan talak.

”Saya tidak ada cara lain selain menggunakan subseksyen 4 Seksyen 48 (Enakmen Undang-undang keluaraga Islam), saya menamatkan dan memecat hakam keluarga. Saya melantik hakam dari mahkamah sendiri untuk prosiding seterusnya,” kata hakim.

Pada 3 Disember lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan setelah mendakwa beliau didera.

Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara ex parte diberikan kepada Zahnita pada 6 Disember 2024 selepas beliau memohon kepada mahkamah mendapatkan jagaan anak-anaknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here