Bergu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (kanan).

KUALA LUMPUR – Gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaharui ranking apabila melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding kedudukan kelima, berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lepas dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.

Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal mengungguli ranking utama dunia.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula kekal di kedudukan keempat dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.

Pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.

Pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here