Datuk Mustapha Sakmud (tengah) menyaksikan pertukaran perjanjian antara IPTA dan industri sempena LIMA 2025 di Langkawi, Kedah hari ini. – Foto: FB KPT

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tegas dengan komitmen menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dalam bidang pendidikan pertahanan, inovasi aeroangkasa dan sains maritim.

Timbalan menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, inisiatif itu seiring dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025–2035 dan fokus utama KPT tahun ini bagi memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu perjanjian-perjanjian yang ditandatangani KPT dengan pelbagai pihak sempena penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) hari ini bukan sekadar dokumen, tetapi pemangkin kepada perubahan dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Datuk Mustapha Sakmud . – Foto: FB KPT

“Kita ingin melahirkan tenaga pakar dan inovator yang mampu menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan sektor pertahanan, maritim dan aeroangkasa,” ujar beliau seperti dipetik menerusi laman sosial Facebook KPT hari ini.

Terdahulu, Mustapha menyaksikan pertukaran perjanjian antara KPT dengan pelbagai pihak dalam Majlis Pertukaran MoU/MoA/LOI di Pavilion KPT sempena Pameran LIMA’25 di Langkawi, Kedah.

Majlis tersebut melibatkan tujuh buah universiti awam dan dua buah politeknik yang menandatangani dokumen kerjasama bersama 16 rakan industri meliputi bidang penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat.

Sebagai simbol kekuatan tempatan, sebanyak 13 produk penyelidikan dan inovasi dalam bidang maritim, aeroangkasa, teknologi pertahanan dan kecerdasan buatan (AI) telah dipamerkan di Pavilion KPT oleh sembilan universiti awam dan sebuah politeknik.

Tambah Mustapha, dengan semangat kolaboratif dan iltizam yang tinggi, KPT mampu menempatkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang-bidang kritikal, sekali gus memperkukuh kedaulatan ilmu dan teknologi negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here