Exco Armada Bersatu, Na’im Brundage

PETALING JAYA – “Saya tidak akan menarik balik kenyataan atau kandungan video mengenai isu pencerobohan pekebun durian haram di Raub”, tegas Exco Armada Bersatu, Na’im Brundage.

Pada sidang media hari ini,  Na’im kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang kerana mengeluarkan tuntutan secara terbuka kepada umum tanpa sebarang usaha menghubunginya secara peribadi terlebih dahulu.

Na’im menegaskan, dia berpegang kepada kenyataan sebelum ini bahawa tiada tindakan tuntas daripada pihak berkuasa terhadap mereka yang menceroboh tanah haram di Raub.

“Saya tetap berpegang kepada kenyataan saya bahawa tiada tindakan menyeluruh telah diambil terhadap pekebun durian haram yang menceroboh kawasan itu lebih empat dekad lalu.

“Sultan Pahang juga pernah menyuarakan kemurkaan baginda dan ia adalah isyarat jelas masalah ini masih belum ditangani secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu, hari ini. 

Dari sudut perundangan pula, Na’im berkata, kenyataannya tidak melanggar sebarang undang-undang kerana ia berdasarkan fakta yang diketahui umum serta disampaikan secara jujur tanpa niat jahat.

“Tindakan kerajaan negeri yang cuba menyekat perbincangan berkenaan ini adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara seperti dijamin oleh Perlembangaan Persekutuan.

“Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan atau intimidasi seperti ini dan akan terus bersuara sehingga tindakan tegas diambil terhadap semua penceroboh durian haram di Pahang,” jelasnya.

Kerajaan Negeri Pahang pada sidang media semalam memberi tempoh sehingga jam 10 pagi hari ini kepada Na’im untuk memohon maaf dan menarik balik semula kenyataan penyebaran fitnahnya berkaitan pendirian kerajaan negeri dalam menangani isu kebun haram Musang King.

Na’im turut mendakwa,  kerajaan negeri itu gagal menyatakan dengan jelas video mana yang didakwa berunsur fitnah dan tiada mengemukakan bukti kukuh

“Lebih mengejutkan, saya hanya diberikan tempoh kurang daripada 14 jam untuk memberikan maklum balas, satu jangka masa yang amat singkat dan bentuk tekanan yang disengajakan.

“Mereka juga tidak memberikan sebarang spesifikasi video yang mana, sedangkan saya ada empat video berkenaan isu ini, jadi dua daripada empat yang mana mahu diturunkan?,” jelasnya.

Bagaimanapun, Na’im bersedia untuk menyelesaikan isu tersebut secara bersemuka dan bekerjasmaa dengan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here