Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan seramai 22 pemain yang telah menamatkan komitmen bersama kelab bagi musim 2024-2025.

Menerusi Facebook rasmi miliknya, kelab itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka.

“Sepanjang musim ini, semua pemain terbabit telah menunjukkan semangat kesukanan, profesionalisme dan dedikasi yang tinggi dalam mewakili Penang FC di pelbagai kejohanan dan peringkat saingan. Sumbangan mereka sama ada di atas padang mahupun di luar padang telah menjadi sebahagian penting daripada perjalanan dan pembangunan pasukan sepanjang musim 2024-2025.

“Kelab amat menghargai segala jasa, pengorbanan dan usaha yang telah dicurahkan oleh semua pemain ini. Kami percaya bahawa setiap individu telah memberikan yang terbaik demi warna dan lencana pasukan, dan segala sumbangan tersebut tidak akan dilupakan oleh seluruh keluarga besar Penang FC.

“Kami mendoakan kejayaan yang berterusan buat semua bekas pemain dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini, sama ada di pentas bola sepak profesional mahupun dalam kehidupan peribadi. Sekali lagi, terima kasih atas segala jasa dan kenangan yang telah ditinggalkan bersama Penang FC,” tulis dalam satu hantaran di media sosial itu.

Menerusi senarai 22 pemain itu, skuad Harimau Kumbang turut melepaskan dua pemain pinjaman dari Selangor FC iaitu penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan pertahanan, Richmond Ankrah.

Turut dilepaskan ialah pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syameer Kutty Abba. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here