Matheus Cunha. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United dilaporkan bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai £62.5 juta untuk mendapatkan penyerang Wolves, Matheus Cunha pada musim depan.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano berkata, ia lampu hijau daripada pemain antarabangsa Brazil yang sudah mendapat persetujuan awal dan kini rundingan antara kelab bakal menyusul.

“Manchester United dijangka berbincang dengan Wolves mengenai pembayaran klausa £62.5 juta secara ansuran dan tiada halangan besar yang dijangka, Cunha telah menyatakan persetujuannya terhadap projek United.

“Dia mahu menyertai United dan kini butiran akhir kontrak sedang dimuktamadkan,” tulis media sosial miliknya.

Ketika ini, prestasi Cunha bersama Wolves musim ini cukup mengagumkan apabila menjaringkan 16 gol dan membuat empat bantuan jaringan yang membuktikan ketajamannya di hadapan gawang gol.

Tambahan pula, gaya permainan Cunha yang serba boleh amat serasi dengan formasi 3-4-2-1 yang digemari oleh pengurus United, Ruben Amorim.

Kelab itu dijangka melepaskan Marcus Rashford yang kini dipinjamkan ke Aston Villa bagi mencari dana tambahan dari segi kewangan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here