Keretakan yang berlaku di PPR Gombak Setia.

 

KUALA LUMPUR – Keretakan yang dilaporkan berlaku di Blok 43 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia sebenarnya merujuk kepada expansion joint, iaitu komponen binaan yang direka khas untuk menyerap pergerakan semula jadi struktur bangunan akibat perubahan suhu dan cuaca

Fungsi utama expansion joint adalah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan besar pada struktur utama bangunan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kerja-kerja baik pulih terhadap bahagian yang dikenal pasti mengalami kerosakan sedang dilaksanakan segera.

Menurutnya, hasil pemeriksaan tersebut mendapati terdapat beberapa kerosakan kecil pada expansion joint yang dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme.

Sebelum ini, DBKL telah melaksanakan beberapa tindakan bagi memastikan tahap keselamatan bangunan berada dalam keadaan baik.

Antaranya pelantikan syarikat perunding pada tahun 2020 bagi menjalankan kajian penilaian terhadap expansion joint di PPR Gombak Setia.

Seterusnya, pada tahun 2023, kerja baik pulih secara menyeluruh telah dilaksanakan di Blok 41 dan Blok 43.

Beberapa kerja baik pulih turut dilaksanakan pada tahun 2024 berdasarkan kepada aduan semasa yang diterima. – MalaysiaGaette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast