LONDON – United Kingdom akan menguatkuasa larangan terhadap vape pakai buang di seluruh wilayahnya berkuatkuasa Ahad ini dalam usaha melindungi kesihatan kanak-kanak dan menangani budaya pakai buang.
Menteri Alam Sekitar, Junior Mary Creagh berkata, pihaknya berdepan masalah yang terlalu lama yang mana penggunaan vape mencemari jalan-jalan sebagai sampah selain menyebabkan kanak-kanak ketagih nikotin.
“Kerajaan sedang menghentikan peranti-peranti jahat ini, sejenis rokok elektronik yang sangat popular dalam kalangan golongan muda dan melarang penjualan vape sekali guna atau pembekalannya dalam tindakan keras ke atas kedai runcit dan pasar raya di UK.
“Mereka yang didapati melanggar larangan itu akan menghadapi denda £200 (RM1.145), manakala pesalah berulang berisiko sehingga dua tahun penjara,” lapor BBC.
Perkhidmatan bomba juga telah memberi amaran mengenai risiko vape yang dibuang menyebabkan kebakaran dalam sampah isi rumah.
“Setiap vape berpotensi menyebabkan kebakaran jika dibuang dengan tidak betul,” kata Justin Greenaway, pengurus komersial di syarikat pemprosesan sisa elektronik SWEEEP Kuusakoski.
Undang-undang baharu itu, yang mula-mula dicadangkan oleh kerajaan Konservatif sebelum ini bertujuan membendung peningkatan penggunaan vape. – Agensi
















