Dua remaja lelaki maut terlibat kemalangan di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, Kota Tinggi, hari ini..

KOTA TINGGI – Dua remaja lelaki maut  selepas selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pukul 2.35 petang melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dan kereta jenis Suzuki Swift.

“Kemalangan tersebut melibatkan kereta berkenaan yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 44 tahun dan motosikal ditunggang serta dibonceng dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa  motosikal mangsa dari arah Tanjong Balau menuju ke arah Sedili manakala kereta itu pula dari arah bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian motosikal  mangsa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan

“Dalam kemalangan itu penunggang dan pembonceng yang merupakan pelajar sekolah menengah cedera parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan itu kedua-dua mangsaMuhammad Adam Haris Al’Hafiz Norezmalshah Jasne dan Mohamad Alif Fahimi R Azmii eninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tujuan siasatan manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes masih disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Tambah beliau, boleh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast