KUALA LUMPUR – Bilangan tenaga buruh pada bulan April 2025 meningkat sebanyak 0.2 peritus kepada 17.34 juta orang berbanding 17.31 pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh naik sebanyak 0.1 mata peritus kepada 70.8 peratus, sekali gus menunjukkan lebih ramai penyertaan buruh dalam pasaran.
Bilangan penganggur pula menurun sebanyak 0.7 peratus kepada 525,900 orang pada bulan April 2025 berbanding 529,600 pada Mac.
Bilangan penduduk bekerja turut meningkat pada bulan kajian dengan pertambanhan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.82 juta orang berbanding 16.78 juta pada bulan sebelumnya.
Menurut DSM, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pekhidmatan berada dalam trend peningkatan terutama aktiviti perdgangan borong dan runcit, penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman dan aktiviti pengangkutan dan penyimpanan.
Begitu juga bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.
Pada bulan April 2025, bilangan penduduk di luar tenaga buruh naik sebanyak 0.2 peratus kepada 7.17 juta orang berbanding 7.16 juta orang pada bulan sebelumnya. – MalaysiaGazette
















