Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Sutera Danga, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.20 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Siasatan mendapati, kemalangan tersebut berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh di tempat kejadian.

“Keadaan ini menyebabkan kereta berkenaan terbabas lalu terbalik.,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut, pemandu berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulhisyam  Aziz 019-7432966 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast