Antara 60 PATI ditahan JIM KL dalam tiga serbuan di ibu negara malam tadi.

KUALALUMPUR – Seramai 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 21 wanita ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL) menerusi tiga  serbuan di sekitar ibu negara malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya menjalankan Ops Kutip dan Ops Selera yang bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi di sekitar Cheras, Pudu dan Chow Kit.

“Kita telah memeriksa seramai 137 individu sepanjang operasi itu dengan 60 orang ditahan daripadanya melibatkan 31 lelaki dan 21 wanita tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemuanya melibatkan tiga warga Bangladesh, 18 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, 17 lelaki dan 20 wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Antara 60 PATI ditahan JIM KL dalam tiga serbuan di ibu negara malam tadi.

Tambah Wan Mohamed Saupee, ketika operasi itu turut berlaku insiden PATI cuba terjun dari tingkat dua dan berpura-pura pengsan untuk mengelak dari dicekup.

Berikutan itu, Wan Saupee berkata, pihaknya turut mengeluarkan satu Borang Imigresen 29 kepada individu yang perlu hadir memberi keterangan di pejabat.

Kesemua PATI yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast