Ketua Pemuda UMNO, Datuk Akmal Saleh dan bapanya, Saleh Lempah foto Media Sosial Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 66 tahun akibat sakit tua, jam 9.10 pagi tadi.

Menurut Akmal, jenazah bapanya Saleh Lempah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Saleh akan dikebumikan di Perkuburan Masjid Ar – Rahim, Merlimau, Melaka, selepas solat Jumaat hari ini.

“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.

“Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosa beliau dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Pada 29 Jun lalu, ADUN Merlimau itu memuat naik satu hantaran memaklumkan bapanya sedang nazak.

Beliau ketika itu, memohon orang ramai supaya mendoakan bapanya dan meminta maaf sekiranya Cikgu Saleh ada membuat sebarang salah dan silap. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast