Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob (kiri), Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (tengah) dan Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin (kiri).

KUANTAN – Seorang wanita berusia 72 tahun yang hilang baru-baru ini ditemui selamat di Rawang, Selangor  dan dilaporkan mengalami kerugian RM46,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, warga emas itu itu dilaporkan hilang oleh selepas dipercayai diperdaya sindiket penipuan bantuan kerajaan yang menyasarkan golongan berusia.

Menurut beliau, anak mangsa mendapati ibunya dibawa keluar oleh dua individu tidak dikenali yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 3 September lalu.

“Hasil semakan turut mendapati wang simpanannya berjumlah RM46,000 dalam dua akaun bank telah habis dikeluarkan oleh suspek di dua bank di Rawang,” katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

Tambah Yahaya, warga emas itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan dan sehari kemudian mangsa ditemui selamat oleh ahli keluarganya.

Mangsa diarah  membawa dokumen penting dan kemudian dibawa ke bank untuk mengeluarkan wang tunai,” ujarnya.

Yahaya menasihati warga emas supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran bantuan daripada pihak tidak dikenali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- MalaysiaGazettte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast