case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengekalkan pendirian untuk tidak merayu isu 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan wujud kekhilafan dalam alasan penghakimannya.

Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata, notis rayuan difailkan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bertarikh 17 Oktober lalu.

Menurut kenyataan itu, alasan penghakiman tersebut antara lain mendakwa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.

“Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.

Perkara itu mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Penghakiman berkenaan dibuat ketika mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid, mengarahkan Kerajaan Persekutuan membuat semakan kadar pemberian khas tersebut dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast