Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Januari 2026 bagi pengurusan kes prosiding taksiran ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) berhubung pertikaian tanah Duta Enclave.

Hakim Roslan Mat Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak-pihak terbabit mengemaskini status pemfailan laporan pakar pentaksiran ganti rugi.

Pada sesi pengurusan kes hari ini, Peguam Persekutuan, Nur Zul Izzati Zulkipli hadir bagi pihak kerajaan manakala peguam Janet Chai Pei Wing mewakili SESB.

Pada 24 Jun lalu, tanah Duta Enclave di Mukim Batu kekal menjadi milik kerajaan selepas Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan berjaya dalam rayuan mereka bagi mengetepikan perintah supaya ia memindah milik tanah berkenaan kepada SESB.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara turut mengarahkan pampasan dibayar kepada syarikat berkenaan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan analisis pakar.

Pada 13 November lalu pula, SESB gagal mendapat kebenaran merayu selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ia gagal memenuhi ambang peruntukan Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast