Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Paras air di Stesen Pintu Air Ijok, Kuala Selangor berada pada tahap bahaya apabila merekodkan bacaan 4.02 meter setakat jam 9.15 pagi tadi.

Menurut makluman Laman Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, bacaan berkenaan berpotensi menyebabkan berlakunya banjir di kawasan sekitar.

Selain itu, tiga lagi stesen di Kuala Selangor mencatatkan paras waspada, melibatkan Rantau Panjang 5.76 meter, Kampung Asahan  3.35 meter dan Parit Mahang 3.5 meter.

Sementara itu di Hulu Selangor, Stesen Jambatan S.K.C turut merekodkan paras waspada dengan bacaan 18.66 meter.

Dalam perkembangan berkaitan, Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor bagi menempatkan 643 keluarga yang terjejas banjir.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan awal sebanyak RM500 akan diberikan kepada 750 keluarga mangsa banjir di seluruh negeri bermula minggu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast