Kredit JBPM Kelantan

KOTA BHARU – Seorang pekerja lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Tanpa mendedahkan perincian lanjut punca kejadian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Mohammad Shamsudin Ismail berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.49 petang dan tiba 18 minit kemudian dengan jarak kira-kira lapan kilometer.

“Setibanya pasukan BBP Pengkalan Chepa di lokasi, kami mendapati terdapat kemalangan melibatkan dua lelaki dewasa iaitu seorang patah kaki kanan dan seorang lagi telah meninggal dunia.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Mas Idham Mahamad berusia 22 tahun dan berasal dari Banting, Selangor. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast