Pemandu Bas, Mohd Said Agya, 60 telah berkhidmat sejak 1991 memandu bas di laluan Penampang–Kota Kinabalu masih gigih bekerja demi menyara keluarga ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.

“BAWA bas ini sudah macam hobi. Selagi mata masih terang dan badan sihat, saya akan teruskan. Mahu kerja apa lagi?”

Itu kata Mohd Said Agya, 60, yang sudah lebih tiga dekad setia memegang stereng bagi meneruskan kehidupan.

Sejak 1991, Said memandu bas di laluan Penampang–Kota Kinabalu, menjadikan jalan raya sebagai sebahagian daripada hidupnya.

Selama 34 tahun, beliau menyaksikan perubahan pesat – daripada wajah Kota Kinabalu yang sederhana kepada sebuah bandar yang semakin moden – bersama penumpang yang silih berganti setiap hari.

Walaupun sudah berusia, bas yang dipandunya masih berfungsi sebagai pengangkutan awam penting dengan tambang RM2.

Ketika kebanyakan bas lama telah dihentikan operasi, hanya sekitar lapan buah kenderaan seumpamanya masih bertahan di laluan tersebut menjadikannya antara tinggalan terakhir sistem pengangkutan terdahulu di Kota Kinabalu.

Bagi Said, basnya bukan sekadar kenderaan mencari rezeki, ia simbol tanggungjawab seorang ayah.

Dibeli menggunakan pinjaman RM28,000, bas itu menjadi nadi kehidupannya, dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan bagi menyara keluarga.

Tidak hanya memandu, Said turut membaiki dan menyelenggara basnya sendiri.

Setiap bunyi enjin, setiap skru dan komponen jadi sebahagian daripadanya, semuanya demi memastikan bas selamat untuk penumpang.

Walaupun berdepan cabaran teknikal dan faktor usia, semangatnya tidak pernah luntur.

Selagi kudrat mengizinkan, bas tua itu akan terus bergerak di jalan raya, membawa penumpang, menyimpan kenangan dan mencerminkan ketabahan seorang ayah yang setia mencari rezeki.- MalaysiaGazette

Bas lama yang masih menghubungkan orang ramai ke destinasi masing masing dengan tambang serendah RM2 serta hanya sekitar lapan buah bas lama yang masih beroperasi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama yang masih menghubungkan orang ramai ke destinasi masing masing dengan tambang serendah RM2 serta hanya sekitar lapan buah bas lama yang masih beroperasi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Pemandu Bas, Mohd Said Agya, 60 telah berkhidmat sejak 1991 memandu bas di laluan Penampang–Kota Kinabalu masih gigih bekerja demi menyara keluarga ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat dan umur berikutan tambangnya serendah RM2 yang menghubungkan laluan ke Penampang-Kota Kinabalu etika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama yang masih menghubungkan orang ramai ke destinasi masing masing dengan tambang serendah RM2 serta hanya sekitar lapan buah bas lama yang masih beroperasi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama yang masih menghubungkan orang ramai ke destinasi masing masing dengan tambang serendah RM2 serta hanya sekitar lapan buah bas lama yang masih beroperasi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat dan umur berikutan tambangnya serendah RM2 yang menghubungkan laluan ke Penampang-Kota Kinabalu etika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas lama ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat dan umur berikutan tambangnya serendah RM2 yang menghubungkan laluan ke Penampang-Kota Kinabalu etika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Pemandu Bas, Mohd Said Agya, 60 menggunakan kemahirannya membaiki basnya sendiri untuk menjimatkan kos perbelanjaan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast