Seorang lelaki rentung selepas motosikal ditunggangnya terlibat nahas dengan sebuah lori sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Tenang Jaya, pekan Tenang, Labis, Johor semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan I Hairishah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 7.15 malam.















