Keadaan Proton Saga yang terbabas dan melanggar tiang letrik dalam kejadian berhampiran Jalan Anggerik di Felda Kahang Barat, Kluang, malam tadi.

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik berhampiran Jalan Anggerik di Felda Kahang Barat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.20 tengah malam ketika Mohamad Amer Hamzah Mohd Abdullah, 26, yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan balik ke rumahnya di Felda Kahang Barat.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu secara bersendirian dikatakan datang dari arah Jalan Padang Tembak menuju ke Felda Kahang Barat secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang tiang elektrik sebaik sampai dilokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu manakala kereta dipandu adalah miliknya sendiri namun tidak mempunyai cukai jalan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Syeksen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurut Bahrin lagi,orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diharapkan dapat tampil membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast