Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee

KULAI – Dua daripada empat suspek lelaki yang ditahan kelmarin bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah taman peringatan di Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mereka dibenarkan dengan jaminan polis manakala dua lagi suspek masih ditahan reman untuk membantu siasatan.

“Empat suspek yang ditahan kelmarin ditahan reman sehingga hari ini. Dua lelaki tempatan bebas dengan jamin polis dan dua lelaki warga asing masih dalam reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Polis masih giat menjalankan siasatan berhubung kes ini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Seng Lee memberitahu, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan (akta 574) iaitu berkaitan dengan kesalahan menceroboh tempat perkuburan atau tempat ibadat.

Katanya, kes juga disiasat bawah Seksyen 427 kanun sana iaitu kesalahan melakukan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta benda.

Pada 9 Mac lalu, portal ini melaporkan 22 bekas tempat simpanan abu mayat di dalam rak simpanan dilarikan di taman peringatan berkenaan.

Polis menerima laporan pada pukul 5.14 petang, pada 6 Mac lalu, daripada seorang penolong pengurus taman peringatan tersebut.

Pengadu wanita itu mendakwa berlaku pencerobohan dan kehilangan beberapa bekas tempat simpanan abu mayat dalam rak simpanan di taman peringatan berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast