Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu segera mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang menyebabkan seluruh ekosistem rakyat terkesan secara rantaian.

Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, pelaksanaan intervensi fiskal yang kreatif membolehkan rakyat tidak terus terhimpit akibat keputusan yang drastik seperti pemotongan subsidi bahan api.

”Kita faham situasi dunia sedang genting. Namun kerajaan juga harus faham situasi rakyat yang semakin gawat.

”Di mana pakej rangsangan ekonomi? Secara peribadi saya belum dengar apa-apa pengumuman ini. Ini kali lah kerajaan mesti berfungsi sebagai saviour.

“Kita tidak boleh sekadar mengumumkan pemotongan subsidi atau apungan harga minyak tanpa menyediakan lantai ekonomi yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dengan mengambil kira pelbagai implikasi semasa.

Bagaimanapun ketika ini katanya, fokus utama kerajaan adalah memastikan barangan keperluan asas mencukupi bagi mengelakkan rakyat terbeban dengan situasi ekonomi semasa. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast