Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menafikan desas-desus yang mengaitkan beliau sebagai calon Menteri Besar (MB) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Maszlee menerusi hantaran ringkas di Facebook dan platform X hari ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar.

“Hahaha.. Desas desus (calon MB PH) tak betul…

“Tidak minat! Terima kasih,” katanya ringkas.

Hantaran tersebut dipercayai sebagai respons terhadap spekulasi politik yang mula berlegar dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa nama Maszlee disebut-sebut sebagai antara calon MB Johor daripada PKR sekiranya PH berdepan PRN negeri itu pada masa akan datang.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilihat memilih untuk menepis spekulasi berkenaan secara berseloroh.

Maszlee sebelum ini pernah memainkan peranan penting dalam politik negeri selepas kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau turut pernah disebut dalam beberapa spekulasi politik negeri Johor sebelum ini termasuk membabitkan soal kepimpinan kerajaan negeri.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pimpinan PKR atau PH berhubung dakwaan pencalonan Maszlee sebagai Menteri Besar Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast